skpnawi.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT NAWI,MUAR.
[PARIT JAWA ,MUAR , JOHOR] Tel : 06-9881892, Faks : 06-9881892
e-mel : skpnawi@gmail.com
| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | LOGO SEKOLAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | VISI & MISI | LAGU SEKOLAH | DOA SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | PANORAMA | ENROLMEN PELAJAR | KEPUTUSAN UPSR | KURIKULUM | KOKURIKULUM | BERITA TERKINI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | PERASMIAN | AKTIVITI | | MARQUEE |

Sejarah Sekolah

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT NAWI  ini telah dibina oleh Tuan E.C.Hick iaitu Pegawai Pentadbir Tentera British Muar pada 03 Januari 1945. Bangunan sekolah telah dibuat oleh orang kampung secara gotong royong dari sebuah bangunan yang dibeli dengan harga $400 melalui wang derma orang ramai.  Bangunan terdiri daripada kayu tiang segi-beratapkan atap rumbia serta berlantaikan batang pinang, berdindingkan papan dan kulit kayu. Mengambil sempena nama Tokoh yang membuka kampong ini yang bernama Hj Nawi . Beliau berasal dari Tanah Jawa.

Pada mula dibuka bilangan muridnya adalah seramai 100 orang dengan diajar oleh 2 orang guru kerajaan. Pada tahun 1959, sekolah ini telah mendapat bangunan tambahan yang baru iaitu mengandungi 5 bilik darjah. Keadaan bangunan yang baru berlantaikan simen beratapkan ardek. 

Pada mula 1980, sekolah ini telah mendapat bangunan baru iaitu satu blok bangunan 2 tingkat yang mengandungi 6 bilik darjah, sebuah bilik perpustakaan, bilik guru, pejabat, tandas guru dan murid lelaki serta perempuan. Keadaan bangunan yang ada masih kekal dan hanya diberi peruntukan baikpulih sahaja disamping sekolah telah mempunyai gelanggang bola tampar, takraw dan badminton.

Kebanyakan murid berasal dari kawasan sekitar kira-kira 10 buah kampong yang terdiri daripada anak-anak petani dan bekerja sendiri.

Bermula tahun 2001 perubahan prasarana berubah mendadak dengan projek mega oleh Kerajaan. Semua bangunan lama diruntuhkan dan digantikan 2 buah bangunan 4 tingkat dan sebuah makmal komputer. Pada tahun 2003 bermulalah persekolahan yang boleh dianggap sebagai sekolah yang setaraf dengan sekolah-sekolah di Bandar. Kini  2 buah kelas Pra Sekolah telah pun berjalan. Bilangan murid turut bertambah dan jumlahnya ialah 249 orang dan jumlah guru 15 orang serta 4 orang staf sokongan. Manakala Bahagian Pembersihan dan Kawalan telah diswastakan sepenuhnya.

 

 

                                      SENARAI GURU BESAR SK PARIT NAWI

 

  NAMA

TAHUN PERKHIDMATAN

EN KAIMI BIN HJ TAIB

1945 HINGGA 1947

EN MD DERI BIN HJ MAAROF

1948 HINGGA 1973

EN YAAKOB BIN KASSIM

1973 HINGGA 1974

EN ZAINAL BIN HJ SALLEH

1974 HINGGA 1983

EN SHAIR BIN NASIBAN

1983 HINGGA 1995

EN SAHAR BIN MAHDI

1996 HINGGA 2001

PN HJH JAMILAH BT HJ ABDULLAH

 2001 HINGGA   2009

TN HJ ABD SAMAD BIN ABU
                 2009 HINGGA KINI


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: