![]() |
||||||||||
![]() |
|
![]() |
||||||||
BERITA TERKINI HARI KEUSAHAWANAN 2007 Bertarikh 28 Jul 2007- Sabtu , Sekolah ini telah mengadakan Hari Keusahawanan buat sekian kalinya pada tahun 2007 . Majlis ini dirasmikan oleh isteri ADUN Maharani, Ybhg Datin Salamah Binti Sabtu. Di samping majlis pelancaran, majlis hari itu juga dilengkapi dengan pameran-pameran berkenaan teknologi baru dan juga pameran komputer tanpa wayar Majlis bermula pada jam 8.30 pagi dimana para ibu bapa dan semua warga sekolah berkumpul di dewan tempat berlakunya majlis pelancaran. Semua warga sekolah ini terlibat secara langsung dalam majlis ini. Majlis ini dengan kerjasama PIBG, PKG Sg Balang dan PKG Parit Jawa, Guru-guru , Ibu bapa, Jabatan Kesihatan Muar, Pejabat Penerangan, KEMAS, PDRM (PGA) dan Ketua Balai Polis Muar, Pejabat Belia dan Sukan Muar, Institut Kewangan dan masyarakat setempat. Setelah perasmian dilancarkan, para tetamu dijemput melawat tapak pameran. Bermula dengan pertandingan kaum ibu ; Masakan, gubahan dan hasil lipatan serta jahitan, Pameran Jabatan Kesihatan, Polis, Bank, PERODUA. Di kaunter web, tetamu dikenalkan dengan web sekolah dan juga web komuniti sekolah-sekolah johor. Di bahagian web, antara aktiviti yang dilakukan ialah tetamu disarankan memasuki ruangan forum sebagai tempat untuk para ibu bapa berinteraksi dan berkomunikasi dengan pihak sekolah. Kaunter mimio pula memperkenalkan teknologi baru yang memudahkan kaedah PNP (Pelajaran Dan Pembelajaran). Majlis ini tamat sekitar jam 1.00 tengahari. Diharapkan dengan adanya hotspot dan laman web ini, semua pihak dapat menggunakan kemudahan ini dengan sebaiknya.
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat: |